Shafiq Som atau lebih dikenali sebagai The Comic Geek oleh pengikut Facebooknya merupakan seorang pelukis yang berpengalaman melukis komik dengan gayanya yang tersendiri. Kini, Shafiq Som membuka peluang kepada anda yang berminat untuk membuat tempahan komik dengan beliau untuk menempah komik hasil karya beliau dengan harga yang berpatutan!
Pelukis ini bermula dengan komik Keluarga Azhari, sebuah komik Islamik dan kekeluargaan yang menceritakan perihal sebuah keluarga yang sering berdepan dengan masalah berikutan kerenah anak lelaki bongsu mereka yang cerdik tetapi suka memandai-mandai. Telatahnya yang nakal dan mencuit hati pembaca dapat memberi pengajaran dan ilmu tentang Islam serta mampu membuatkan para pembaca terhibur.

Namun, nama beliau semakin dikenali sewaktu beliau mula menceritakan berkenaan isu-isu semasa seperti K-Pop, politik negara dan sebagainya dalam komik beliau.
![]() |
| Salah satu komik satira K-Pop yang membuatkan beliau dikenali di arena realiti maya. |
Pelanggan-pelanggan komik beliau pula tidak terhad kepada penerbit buku, seperti ITBM dan Komik Niaga, tetapi juga pelajar-pelajar yang sedang mengambil thesis kajian tentang pengaruh komik terhadap pelajaran.
![]() |
| Tempahan buku kanak-kanak ITBM "Raja Bersiong" |
![]() |
| Tempahan Thesis Cik Amalina bertajuk " Kajian Komik Pelajaran Sains ke atas Kanak-kanak |
![]() |
| Karya beliau di dalam Komik Niaga |
![]() |
| Karya untuk Komik Niaga |
![]() |
| Karya untuk Majalah Cayalah! |
![]() |
| Karya tentang isu-isu semasa |
Kini beliau sedang menyiapkan karya komik solo berwarna pertama beliau dengan Penerbitan Buku Prima yang bertajuk "Khair". Sekiranya anda mahukan kelainan dalam kerja, persembahan, atau pelajaran anda, pelukis ini adalah jawapan kepada persoalan yang bermain dalam benak dan fikiran anda. Anda pasti tidak akan kecewa dengan komik yang bakal anda tempah. Jangan tunggu lagi! Tempahlah sekarang!
Hubungi pelukis:
Email: joejitakash@gmail.com
Facebook: The Comic Geek
Blog: The Comic Geek








Tiada ulasan:
Catat Ulasan