Selasa, Oktober 01, 2013

Shafiq Som The Comic Artist

Sejarah :
Pertama kali memegang pensel ketika berumur 6 tahun. Bermula dengan lukisan kartun Dojob hasil didikan entah hape-hape abang dan kakaknya, beliau telah mula menanamkan minat mendalam terhadap lukisan kartun. Ini kerana imaginasi pelukis ini sering meronta-ronta ingin dikeluarkan dari kotak fikirannya dan ingin disemadikan di atas helaian-helaian kertas yang sering menjadi mangsa bedalan amarahnya ketika itu.

Tidak cukup dengan itu, adegan pentas duniawi ini merupakan sumber inspirasi respiratorinya supaya berkarya dengan cara merakamkan setiap detik indah dalam hidupnya itu melalui lukisan-lukisan.

Rakan sekolah beliau pula tidak membantu. Sanggup rakannya itu memutikkan semangat mewarnanya pula dengan memperkenalkan crayon kepadanya?, lantas beliau belajar mewarna dengan rakannya yang bernama Hasbullah itu.

****

Umur pelukis sekarang 16 tahun. Demam komik Dragon Ball dari Jepun dan komik Feel 100% daripada Hong Kong telah melanda tanah air. Lukisan manga komik-komik itu mempengaruhi gaya lukisan pelukis. Akhirnya pelukis terjerumus ke lembah komik sekolah. Komik sekolahnya ketika itu ialah komik berunsur humor dan berkenaan cikgu-cikgi yang dibenci "disayangi" nya. Namanya meningkat naik akibat percaturan komik humornya itu. Sayugiya memakai nama pena "JoejiTakash".

****
Pelukis masuk universitas. Tapi duit poket tak banyak. Mencuba nasib dengan blog dan lukisan komik dengan menukar nama penanya sebagai The Comic Geek. Akhirnya terus-terusan aja di bidang ini dong (Apehey tibe2 cakap indon?). Sekian. Harap Mak Long.

Tiada ulasan: